Kejamnya Partai Komunis Malaysia (PKM) Dan Chin Peng Ketua Mereka



Rabu, 1 Juli 2020

Faktakini.net, Jakarta - Dosa bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), mendiang Chin Peng terlalu besar terhadap negara ini. Bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Seth berkata sehubungan itu, tiada ruang walaupun seinci bagi mayat ketua pengganas komunis tersebut memasuki negara ini.

Mohd. Ghazali yang mempunyai ingatan terperinci berhubung kekejaman pengganas komunis menjelaskan, kepulangan mendiang ke tanah air merupakan penghinaan kepada bekas-bekas perwira negara yang telah terkorban. Beliau yang mengetuai ketumbukan pertahanan negara pada awal 80-an tidak dapat melupakan kekejaman yang dilakukan pengganas komunis terhadap pasukan pertahanan negara ketika itu.

“Saya sendiri memapah mereka yang cedera dan mengangkat mayat perwira dari medan pertempuran. Saya masih ingat pertempuran di Sungai Siput, Perak yang menyaksikan ramai anak-anak buah saya terkorban akibat kekejaman komunis.

"Darah dan keringat pahlawan terdahulu jangan diabaikan, mereka berjuang sedaya-upaya memastikan anasir yang didoktrinkan Chin Peng ini dihapuskan, biar terkorban nyawa sekalipun,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mayat Chin Peng yang meninggal dunia di Thailand akibat sakit tua pada usia 90 tahun tidak akan diterima untuk dibawa pulang ke negara ini. Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada pukul 6.20 pagi hari 16 September 2013 di Bangkok, Thailand akibat Kanker dan sakit tua.

Mengulas lanjut, Mohd. Ghazali yang juga Pengerusi Kelab Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera (Rafoc) menambah, beliau yakin sesiapa sahaja yang hidup semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989 pasti membantah sebarang simpati terhadap Chin Peng.

Dalam salah satu insiden terburuk tahun 1950, sekitar 25 orang dibunuh, termasuk perempuan dan anak-anak, ketika pemberontak komunis menyerang sebuah kantor polisi di negara bagian Johor. Pada tahun itulah, pemerintah menawarkan hadiah seperempat juta dolar untuk penangkapan hidup-hidup Chin Peng.

Sudah terang lagi bersuluh tegasnya, kekejaman komunis yang membunuh sebanyak 2,083 anggota keselamatan negara perlu dijadikan titik rujukan paling kukuh bagi rakyat. “Chin Peng adalah ketua komunis yang melakukan kekejaman terhadap negara ini, jangan ada sekelumit sekalipun simpati terhadap pengkhianat negara ini, saya sokong ketegasan kerajaan dalam isu ini,” kata beliau.

Kekejaman Chin Peng dan Partai Komunis Malaysia sampai kapanpun tak akan pernah dilupakan oleh rakyat Malaysia.

Chin Peng selalu dengan keras membantah terlibat dalam kekerasan di masa-masa awal itu, tetapi pembunuhan tiga pemilik perkebunan di Sungai Siput membuatnya menjadi musuh nomor satu publik, dan siapa yang bisa membawa kepalanya akan mendapat hadiah $ 250.000.

Itu juga mendorong Inggris untuk menyatakan keadaan darurat dan disusul dengan pemberontakan bersenjata.

Berbasis di kamp-kamp yang membentang di perbatasan Malaya-Thailand, gerilyawan komunis mengganggu semenanjung itu sampai tahun 1989, ketika mereka akhirnya duduk dengan pemerintah Malaysia dan Thailand untuk menandatangani perjanjian damai di Hat Yai.

Selama keadaan darurat, ada ketenangan setelah Inggris pergi pada tahun 1957 – salah satu tujuan CPM tercapai – tetapi diperbarui pada tahun 1960 ketika Uni Soviet mulai memberikan dukungan militer ke Vietnam Utara.

Dengan pengaruh komunisme yang tampaknya semakin meningkat, CPM melihat sebuah peluang.

Pemberontak CPM yang berjumlah sekitar 3.000 pria dan wanita pada puncak popularitas, turun menjadi paling sekitar 300. Para anggotanya termasuk etnis Cina, dan Melayu dari Thailand selatan dan negara bagian Kelantan di Malaysia utara.

Namun, dengan runtuhnya Uni Soviet pada tahun 1989 dan dengan itu mendukung komunisme di seluruh dunia, CPM menjadi sebuah anakronisme, dengan jumlah yang semakin menipis dan hampir tidak ada dukungan publik.

Sementara perjanjian Hat Yai memungkinkan Chin Peng dan para pemimpin CPM lainnya untuk kembali ke Malaysia dan menikmati hidup, Chin Peng sebenarnya dibiarkan hidup dalam kedinginan.

Dengan tidak adanya dokumentasi untuk membuktikan kewarganegaraannya, ia tetap berada di pengasingan di Thailand sampai kematiannya, meskipun banyak permohonan.

Meskipun kawan-kawannya hidup dalam ketidakjelasan, pemimpin komunis ini meninggalkan pengaruh pada kehidupan Malaysia.

Kembalinya dia – atau lebih tepat abunya – menyebabkan kegemparan, dan banyak pengaduan disampaikan kepada polisi di seluruh negeri itu, dan penyelidikan sedang berlangsung.

Sedemikian dalamnya perasaan sehingga terjadi perkelahian pertama di parlemen ketika anggota parlemen oposisi Tajuddin Abdul Rahman dengan santai menyindir bahwa RSN Rayer – seorang anggota parlemen dari koalisi pemerintah Partai Aksi Demokrasi (DAP) dan seorang etnis India yang baru saja datang dari kuil – menandai dahinya dengan abu Chin Peng.

Kedua anggota parlemen itu terpaksa dipisahkan. Perkelahian mereka juga meniru karakter yang sangat ironis, karena terjadi tepat di depan delegasi kunjungan dari Partai Komunis China, yang telah diundang untuk mengamati politik Malaysia yang “beradab.”

Namun, dalam insiden ini terletak inti permasalahannya.

Dibandingkan dengan kebangkitan komunisme di negara-negara Asia lainnya dan korban jiwa, Kebangkitan Melayu berskala kecil.

Pada puncaknya, CPM berjumlah 3.000 orang, tetapi ini hanya untuk waktu yang singkat. Gerakan ini tidak pernah secara serius mengancam stabilitas pemerintahan.

Namun, bagaimana pemerintah pada saat itu menggambarkan CPM kepada publik – ancaman Cina – telah membentuk sentimen hingga hari ini.

Selama tahun-tahun awal, Komunis China secara vokal mendukung pemberontakan, meskipun tidak memasok senjata.

Sejak kemerdekaan pada tahun 1957 hingga 2018, Malaya dan (dari 1963) Malaysia berada di bawah jempol partai nasionalis Melayu, Organisasi Kebangsaan Malaysia Bersatu (UMNO), di mana Tajuddin menjadi anggotanya.

Pada akhir permusuhan, CPM menjadi sangat kental etnis Tionghoa, dengan kerusuhan ras 1969 membantu membentuk demografi ini.

Walaupun mayoritas anggota Partai Komunis Malaysia adalah etnis Cina, tapi para anggotanya tak segan melakukan kekejaman pada sesama etnis Cina yang mereka anggap musuh.

Pada 12 Juli 1973 kira-kira jam 9 malam, enam pengganas komunis telah merempuh masuk ke dalam rumah seorang pegawai polis bernama ASP Chin Chin Kooi di Serdang, Kedah.

Kesemua mereka melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah Chin Kooi hingga menyebabkan beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir – di depan keluarganya sendiri!

Dosa Chin Kooi di mata komunis adalah kerana pegawai polis itu amat aktif menyiasat dan membongkar kegiatan Parti Komunis Malaya (PKM) khususnya dalam ‘Gerakan Sedar’ di negeri itu.

Kegigihan dan kesungguhan Chin Kooi yang berjaya memusnahkan beberapa tempat persembunyian anggota PKM di kawasan Serdang dan Hutan Relau telah menyebabkan kumpulan itu nekad untuk mengakhiri riwayatnya.

Tiga bulan selepas itu, Detektif Sarjan Chong Kek Oh pula ditembak oleh anggota-anggota PKM di Sungai, Siput, Perak. Tahun yang sama juga menyaksikan mereka menembak mati Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon di Kuala Lumpur.

Pada 3 Januari 1974, PKM bertindak membunuh Detektif Konstabel Lee See Kaw di Malim Nawar, Perak diikuti pembunuhan terhadap Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. Empat hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua mati ditembak di Chemor, Perak.

Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong pula telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.

Ini hanyalah secebis kisah bagaimana pegawai dan anggota polis berketurunan Cina yang mati dibunuh oleh PKM, itu belum dicampur daripada pasukan tentera.

Namun kita semalam dikejutkan dengan berita di mana lebih 150 orang yang hampir kesemuanya berketurunan Tionghua, dengan bangganya telah membawa balik abu mayat bekas setiausaha agung PKM, Chin Peng dari Thailand sebelum menaburnya ke laut dan gunung di tanah kelahirannya.

Penyelaras kumpulan berkenaan, Chan Kan Fook berkata, separuh daripada abu Chin Peng ditaburkan di laut berhampiran Lumut, Perak dan sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa.

Bagi memenuhi hasrat terakhir Chin Peng, kumpulan itu membawa abu mayatnya melalui tempat asalnya di Sitiawan dan kubur ibu bapanya di Lumut sebelum menabur abu tersebut di laut dan hutan.

“Biarlah dia kembali ke laut dan gunung di tanah airnya, biarlah dia selamanya dengan kawan-kawannya yang berkorban untuk negara ini,” kata Kan Fook.

Begitu bangga nampaknya Kan Fook bercerita tentang kejayaan ‘mengembalikan’ abu mayat Chin Peng ini.

Namun sedar tak Kan Fook dan rakan-rakannya itu, bangsa merekalah antara yang paling ramai dibunuh oleh PKM waktu pengganas-pengganas itu bermaharajalela!

Kalau dilihat pada sejarah ketika era Perang Dunia Kedua, kebanyakan kaum Cina di Tanah Melayu mendiami pinggir hutan bagi melarikan diri daripada pemerintahan Jepun yang kejam terhadap mereka.

PKM yang banyak bergerak di kawasan hutan tidak teragak-agak menyeksa dan membunuh kaum ini yang enggan membantu atau membekalkan maklumat serta makanan pada mereka.

Justeru, tidak hairanlah keganasan komunis pada darurat pertama (1948-1960) banyak direkodkan di negeri yang mempunyai populasi Cina teramai seperti Perak, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan berbanding di negeri majoriti Melayu seperti Kedah, Melaka, Kelantan dan Terengganu.

Kekejaman tidak berperikemanusiaan PKM terhadap kaum Cina ini direkodkan pasukan keselamatan dan disaksikan pekerja estet. Kaum Cina diseksa akibat enggan bekerjasama malah penyeksaan lebih teruk dibuat kepada mereka yang secara terang-terangan menentang perjuangan PKM seperti guru, profesional dan ahli perniagaan.

Untuk rekod, sepanjang zaman darurat dari 16 Jun 1948 hingga 31 Julai 1960, sejumlah 2,473 orang awam dibunuh oleh komunis dan 1,385 orang dicederakan.

Di pihak pasukan keselamatan pula, sejumlah 1,865 nyawa terkorban dan 2,560 orang dicederakan.

Justeru kita hairan, bagaimana ada orang Cina seperti Kan Fook dan rakan-rakannya boleh bertindak sebegitu ‘mulia’ untuk membawa balik abu lelaki yang pernah mengotorkan tangannya dengan darah orang-orang bangsanya sendiri.

Apapun kita jangan terperangkap dengan permainan sebegini.

Jangan hanya kerana kebiadapan Kan Fook dan rakan-rakannya telah menyebabkan kita sewenang-wenangnya menuduh orang-orang Cina lain juga bersekongkol dengan mereka.

Ini kerana majoriti orang Cina masih menolak fahaman komunis dan kita percaya sentimen itu akan kekal sampai bila-bila.

Cuma kita jangan sama sekali terleka kerana senjata utama komunis ketika ini bukan terletak pada senjata, tetapi pada pemikiran dan dakyah-dakyah yang disampaikan secara ‘halus’ apatah lagi dalam era segalanya di hujung jari ini.

Ingat, dalam usaha untuk mengembangkan pengaruh komunis, memecahbelahkan perpaduan yang kita ada juga merupakan ramuan dan resipi mereka.

Tiada yang lebih menggembirakan PKM selain melihat kita sesama kaum mencurigai antara satu sama lain.

Bagi mereka, matlamat akan menghalalkan segala cara.

Di akhirnya, PKM hanya letak senjata – tetapi tidak pada cita-cita!

Foto: Chin Peng semasa muda dan tua

Sumber: MalaysiaGazette.com dan lainnya