Kejinya PKI Saat Terlibat Penghapusan Kesultanan Di Indonesia


Ahad, 9 Agustus 2020

Faktakini.net, Jakarta - Beredar luas artikel tentang runtuhnya Kesultanan di Indonesia, dimana Partai Komunis Indonesia (PKI) diduga terlibat dalam hapuskan kesultanan di Indonesia.

Sebagai berikut. 

Kena ingat antara yg terlibat menghapuskan kesultanan di indonesia ialah partai komunis indonesia, Nasional pelopor indonesia 'Napindo', Pemuda sosialis indonesia 'Pesindo', Ku tui sin tai (Barisan Harimau Liar)Masa tu, komunis menggunakan propaganda menuduh kononnya keluarga diraja hidup boros dan bermewah-mewah

Sultan, kerabat, pembesar dibunuh, penggal kepala, sembelih, bakar hidup-hidupSultan Kauluh, di Tg Pasir telah dicincang lumat kerana dikatakan kebal sebab dua kali cubaan bunuh tapi masih tak matiKesultanan Langkat, royal family yg paling kaya, mcm kesultanan Johor lah, siap ada tentera sendiri mcm JMF.

Puteri-puteri Raja langkat dirogol didepan bapa mereka sendiri dan kemudian akhirnya dibunuhKemudian, pembunuhan kejam itu dinamakan revolusi sosial dicover up dgn menyatakan mereka adalah pejuang nasionalis kemerdekaan indonesia

Akibat drpd propaganda Sultan melayu 'malas', 'boros', selama dua generasi kaum melayu di indonesia terhina, tertindas, terus malu utk mengaku melayu, atau utk memakai baju teluk belanga, malah membuang gelaran 'Tengku' dan 'Wan' drpd nama merekaAda yg terus berhijrah ke Kedah dan Perak

Padahal mereka dulu mempunyai kerajaan yg mewah, aman makmur, terkenal malah ada yg mempunyai kapal perdagangan yg besar, kapal wap, punyai ladang-ladang, dan lombong

Kredit - Syed Agil JamalullailSumber kedua :

Saya pasti anda semua maklum akan pembantaian terhadap raja-raja Melayu dan golongan bangsawan Melayu terpelajar di Sumatera dan Kalimantan oleh pihak yang mendakwa konon nya sebagai golongan Nasionalis Indonesia sekitar 1946 dan 1960-an.Ini ringkasan peristiwa-peristiwa sadis yang berlaku di kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang telah diserang oleh manusia manusia kejam ini.

Peristiwa ini berlaku hampir serentak di Sumatera iaitu pada 3 Mac 1946 & kemudiannya pada 1960-an di sebuah kerajaan Melayu di Kalimantan:

𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐫𝐨 .

Di Kota Berastagi, para pemuda nasionalis menangkap dan mengasingkan para Raja Urung dan Sibayak yang diundang ke sebuah majlis. Sebanyak 17 Raja ditangkap dan diasingkan ke Acheh dan nasib mereka tidak diketahui .Bangsawan dan Datuk Temenggong di penggal kepala nya. 

Raja Raya disembelih di jambatan besar, Raja Silimakuta dilindungi TKR tapi ahli keluarga nya semua dibunuh, ada yang dibakar hidup-hidup dan ada yang dipenggal kepalanya.

𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐦𝐚𝐥𝐮𝐧𝐠𝐮𝐧 .

Barisan Harimau Liar pada malam 3 Mac menangkap Raja kerajaan Pane berserta keluarganya , lalu merampas harta benda mereka kemudian mereka dibunuh dengan kejam.

𝐊𝐞𝐬𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧 , 𝐓𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐥𝐚𝐢 .

Pukul enam pagi, istana diserang sekelompok orang dari Nasional Pelopor Indonesia (Napindo) , Pemuda Nasionalis Indonesia (Pesindo), Ku Tui Sin Tai (Barisan Harimau Liar), Barisan Merah/Partai Komunis Indonesia,Hizbullah dan buruh-buruh Jawa. 

Seluruh keluarga dan kerabat Kesultanan Melayu Islam serta orang-orang yang berkerja untuk istana ditangkap. Harta benda mereka dirampas , Sultan Sjaiboen Abdoel Djalil Rachmatsjah , Sultan Asahan sempat melarikan diri dari belakang pintu istana

𝐊𝐞𝐬𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐮𝐡

Ketika penghuni istana sedang tidur, istana diserbu segerombolan orang bersenjata tajam. Malam itu istana dia selongkar habis-habisan.

Tengku Al-Hadji Moehammad Sjah , Sultan Kualuh dibawa ke kuburan Cina , tak jauh dari istana.Tengku Besar juga dijemput dari rumah isterinya dan dibawa ke tempat yang sama. Mereka diseksa dengan kejam lalu ditinggalkan.

Tengku Hasnan, Tengku Long seluruh keluarganya kepala dipenggal. 

Seramai 73 orang Bangsawan dan kerabat diraja Melayu terkorban pada malam itu.

KESULTANAN MELAYU LANGKAT

Pesindo menangkap 21 orang kerabat istana. Istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di Kota Binjai dirompak,

Bangsawan-bangsawan Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk pujangga besar Tengku Amir Hamzah.

Puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa di hadapan mata ayahanda mereka. 

Sultan Langkat dan putera Mahkota hilang hingga kini, tiada berita. Tengku Kamil dan ahli keluarga Sultan Langkat mangkat setelah ditebas dengan parang.

Semua Tengku, Datuk , Wan dan ahli istana mati dibunuh. Kesultanan Melayu Langkat paling banyak dibunuh PKI dan Pesindo.

Sumber:

https://t.co/bXLrcY2WxL?amp=1