Dakwah Ustadz Ebit Lew dari Malaysia pada Komunitas Punk di Jakarta

 



Rabu, 27 April 2022

Faktakini.info 

Edit Lew

Menangis bersama anak Punk jalanan di Jakarta. Lembut hati dan sopan anak-anak muda ini.

Tak tahu bila lihat anak ini dijalanan dan melalui hidup ujian mereka. Disebalik tatoo mereka ada kisah air mata. Belanja anak Punk buka puasa kemudian shoping Baju Hari Raya. Kemudian ajak check in hotel semuanya. 9 bilik untuk mereka. Kami solat dan tazkirah bersama. Lembut sangat hati anak-anak ini.

Ramai yang menangis walau lain bunyi bahasa saya dengan mereka. Ada bila ditanya kenapa menangis. Kami dah lama tak rasa begini. Terima kasih ustaz melayan kami dan berkongsi begini dengan kami. Rindu rasanya teramat pada ibu ayah. Dengar kisah ada yang ibubapa bercerai semenjak kecil. Ada yang tidak pernah jumpa ibubapa. Semuanya rindukan kasih sayang ibubapa. Ada yang semenjak 10 tahun dijalanan. Ada yang kehilangan ibu. Ayahnya tidak mahu berjumpa lagi. Ada yang ibu tak nak jumpa lagi kerana sudah ada suami lain. Tak nak orang tahu itu anaknya. Siapa sangka kan disebalik wajah garang mereka ini ialah ujian hidup. Ibubapa baik cuma kadang ujian kehendak muda mereka keluar rumah.

Sebak sedih masa solat. Senang je semua menangis. Dengan saya tak tahan menangis. Mereka semua nak solat dan nak hijrah. Saya aturkan supaya sebagian mereka dapat keluar khuruj bersama jemaah Tabligh. Berada di jalan Allah. Semoga anak muda yang baik ini semua dijaga Allah. Berjuta rahmat yang kau beri buat mereka berilah sedikit buat diriku. Terima kasih adik-adik yang membuat hati ini tersentak dan supaya lebih bersyukur. Ya Allah jika ada kebaikan untuk semua ini kami hadiahkan buat mak ayah kami semua.