Pengaruh Al-Sagoff terhadap Johor-Uthmaniyyah (1)

Jum'at, 12 Mei 2023

Faktakini.info

Syed Alidien Hasan Assegaf

PENGARUH AL-SAGOFF TERHADAP JOHOR-UTHMANIYYAH (1)

Keturunan Al-Sagoff (ف السقا) berasal daripada susur galur keturunan baginda Nabi Muhammad SAW. Mereka mempunyai pengaruh yang kuat disekitar kepulauan Melayu terutama di Sulawesi, Singapura, Johor dan Pulau Pinang. Mereka lebih dikenali sebagai tokoh usahawan yang kaya dan banyak membantu orang ekonomi Melayu. Mereka mula merantu ke wilayah Melayu sekitar pertengahan abad ke-19.

Sayyid Muhammad Al- Sagoff merupakan cucu kepada Sayyid Abdul Rahman Al-Sagoff yang mempunyai pengaruh yang sangat besar didalam perniagaan di Johor dan Singapura. Sayyid Abdul Rahman telah menubuhkan Alsagoff and Company pada tahun 1848. Syarikat ini menguruskan perdagangan antara Singapura, tanah Arab dan benua Eropah. Antara barang dagangan ialah kayu balak, kelapa, koko, sagu, kopi serta beberapa hasil bumi dikawasan sekitar. Beliau juga mempunyai kapal perdagangan, ladang dan kilang papan yang terbesar di Singapura pada waktu itu. Kesemua harta ini kemudiannya diwarisi anaknya Sayyid Ahmad dan menantu Hajah Fatimah seorang anak hartawan dari Sulawesi. Pada tahun 1875, beliau telah meninggal dunia dan kesemua harta diwarisi anaknya Sayyid Muhammad Al-Sagoff.

Namun begitu Sayyid Muhammad juga mempunyai syarikat sendiri iaitu AlSagoff Singapore Steamship and Company yang menguruskan jemaah haji sekitar ke Mekah. Pada tahun 1874, syarikat beliau telah menguruskan 3476 jemaah haji. Perniagaan ini sekaligus menamatkan monopoli Syarikat Hindia Timur Belanda yang yang menyediakan pakej haji dikawasan tersebut.

Beliau pernah terpalit dengan kontroversi “contract-tickets” iaitu pakej pinjaman hutang untuk para haji yang tidak mampu. Apa yang lebih parah ialah kebanyakan jemaah haji buta huruf dan bersetuju tanpa memahami perjanjian tersebut.  Apabila pulang dari haji dan tidak mampu membayar hutang, mereka akan dipaksa bekerja di Pulau Kukup didalam sektor tanaman sehingga hutang selesai. Perkara ini diketahui pihak Uthmaniyyah dan syarikat Al Sagoff dikehendaki membaiki syarat yang telah dikenakan. Pada tahun 1889, Pihak Syarikat Hindia Timur Belanda dan British juga mendesak perkara yang sama. Konsul Belanda meminta syarikat beliau menangguhkan pemulangan jemaah haji sehingga diberi jaminan tidak ada penganiayaan kepada jemaah.

Isu ini sedikit sebanyak memberi nama buruk kepada beliau namun jasa beliau kepada Singapura dan Johor juga tidak kurang hebatnya. Beliau mengasaskan Muslim Trust Fund Assosiation (MTFA) untuk membantu masyarakat kurang berkemampuan di Singapura. MTFA juga memberi biasiswa, pinjaman perniagaan dan juga derma kepada anak yatim. Beliau juga mewakafkan sebahagian besar daripada hartanya melalui Syed Mohamed bin Ahmed Alsagoff WakaffFund (SMA Wakaff Fund).

Selain itu juga, beliau mempunyai Madrasah Al Sagoff-Al Arabiah yang siap dibina pada tahun 1913. Pada asalnya sekolah ini hanya bersaiz kecil dan menempatkan beberapa orang pelajar. Namun setelah menerima ramai pelajar, beliau telah berhasrat membesarkan sekolah ini termasuk dari tanah Arab. Sekolah ini memberi pendidikan agama dan juga bahasa Inggeris untuk memastikan pelajar mampu bersaing apabila dewasa. Namun beliau tidak sempat melihat sekolah ini siap kerana meninggal dunia pada tahun 1906.

Keluarga Al Sagoff mempunyai jasa yang besar didalam memajukan ekonomi Johor dan Singapura. Selain daripada menguasai Pulau Kukup yang berkeluasan 60 000 ekar dan terlibat didalam perdagangan. Mereka juga menguasai sektor perhotelan iaitu Hotel Raffles. Tidak hairanlah ada yang berpendapat bahawa mereka adalah “The Real Crazy Rich Asean”. Hari ini salah seorang pewaris keluarga Al Sagoff yang semakin dikenali ialah Syed Saddiq bin Abdul Rahman Al Sagoff.

https://www.mtfa.org/profile/
Buku: Turki Uthmaniah Persepsi dan Pengaruh Dalam Masyarakat Melayu
Nasionalisme Melayu 

Kredit : Histourism - History & Tourism