TOKOH KELUARGA AL ATTAS DI MALAYSIA
Rabu, 30 Oktober 2024
Faktakini.info
TOKOH KELUARGA AL ATTAS DI MALAYSIA
Habib Abu Bakar Bin Allamah Habib Abdullah Bin Abd Rahman al Attas
(Mudir Pertama Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu Kelantan dan Guru Agama Madrasah al Attas Johor)
Kisah dan Silsilah beliau adalah sebagaimana disebutkan didalam Kitab
تاج الأعراس على مناقب الحبيب القطب صالح بن عبدالله العطاس
Jilid 2 Pada Halaman 135 - 145
Mengkisahkan Manaqib Salah seorang daripada murid khas Habib Soleh Bin Abdullah al Attas Wadi Amd ialah :
Al Habib Al Muammar Al Allamah Abdullah (Qadhi) Bin Abd Rahman Bin Omar Bin Ahmad Bin Abu Bakar Bin Ahmad Bin Husien Bin Sohib Ratib Habib Omar Abd Rahman al Attas
- Lahir di Huraidhah dan menuntut ilmu dengan para alim ulamak di sana.
- Beliau dilantik menjadi Hakim Mahkamah Syariah di Singapore sekitar 10 tahun lamanya dan menyelesaikan banyak permasalahan dan urusan keagamaan masyarakat pada waktu itu.
- Kembali ke Huraidhah dan mengajar pengajian khusus dan umum disana
- Kembali ke Indonesia dan mengajar di Masjid Habib Abdullah Bin Muhsin al Attas di Bogor atas jemputan al Habib.
- Kemudian dijemput al Habib Ahmad Bin Abdullah Bin Tolib al Attas di Pekalongan untuk berdakwah dan mengajar kepada masyarakat di sana.
- Habib Ali Bin Husien al Attas Pengarang Kitab Taj al A'rof merupakan antara murid beliau dan sempat membaca Kitab تفسير الخازن
- Beliau wafat di Jawa pada Sabtu malam Ahad, 18 Syaaban 1369H dan mempunyai anak bernama Abu Bakar Bin Abdullah Bin Abd Rahman al Attas.
HABIB ABU BAKAR BIN ABDULLAH AL ATTAS
Nama penuhnya ialah Abu Bakar Bin Abdullah Bin Abdul Rahman al Attas dan beliau dilahirkan di Kampung Lorong Pisang, Singapura. Ayahnya merupakan Qadhi/Hakim Syariah di Singapura.
Beliau Mula mendapat didikan bahasa Arab dan Melayu di Singapura. Semasa berumur 10 tahun, ayahnya telah menghantar beliau ke Huraidhah, Hadramaut, Yaman. Selepas 7 tahun disana, Habib Abu Bakar pulang ke Singapura dan seterusnya berangkat pula ke Acheh selama 2 tahun.
Habib Abu Bakar al Attas juga pernah menjadi tenaga pengajar di Madrasah al Attasiah yang diasaskan pada waktu itu oleh al Habib Hasan Bin Ahmad Bin Abdullah Bin Tolib Bin Husien Bin Sohib Ratib Habib Omar al Attas di Johor Bharu pada tahun 1916 dan melanjutka pengajian ke Mesir selama 4 tahun.
Diantara guru gurunya ialah :
1. Tuan Haji Ahmad Gusti
2. Habib Alwi Bin Ahmad al Attas
3. Syeikh Mansur Arafat
Kerana kecerdikan dan kepintarannya, beliau dilantik sebagai guru pelatih di Madrasah al Attas tersebut. Diantara jasa beliau terhadap masyarakat ialah :
1. 1926 - Guru Besar Madrasah al-Attas al-Arabiah selama 6 tahun
2. 1937 - Guru Besar al-Madrasah al-Muhammadiah al- Arabiah, Kota Bharu yang pertama
3. 1956 - Mengajar di Singapura ( sementara )
4. 1956 - Mengajar di Madrasah Arabiah Bukit Mertajam selama 2 tahun
5. 1967 - Dilantik sebagai Mubaligh di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia cawangan Johor
6. 1972 - Pegawai Dakwah Islamiyah di Brunei selama 2 tahun
Beliau meninggal dunia di Johor Bharu ketika berusia 83 tahun._(AMM)_